Sunday 5 October 2014

Soalan-soalan percubaan Matematik tambahan

Bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM sila buat latihan ini. Trial Add Math.

Add Math MRSM 2014 KERTAS 1 - TIADA SKEMA JAWAPAN
ADD MATH MRSM 2014 KERTAS 2 - TIADA SKEMA JAWAN

Kelantan SMKA NAIM LILBANAT Kertas 1
Kelantan SMKA NAIM LILBANAT KERTAS 2

Tuesday 30 September 2014

Tahniah cikgu!

Tahniah diucapkan kepada Pn. Norhafizah binti Bachok kerana telah dianugerahi pangkat Guru Cemerlang DG 44. majlis telah disempurnakan oleh En. Abdul Mutalib bin Osman, Timbalan Pengarah Pendidikan Melaka di Bilik Mesyuarat Kesidang, JPN Melaka pada 19 Mac 2014 yang lalu.
Tahniah sekali lagi ! 

Guru Cemerlang DG 44
Pn Norhafizah (kelima dari kiri) kini bergelar guru cemerlang di SMKA Tun Perak
Sumber;BPI Melaka 

Saturday 31 May 2014

Pertandingan Inovasi

Pasukan Inovasi SMKA telah layak ke peringkat negeri pada bulan April bersempena dengan karnival pendidikan negeri Melaka. Usaha gigih daripada 5 orang wakil pelajar tingkatan 5 dalam pembabitan secara langsung telah menjayakan projek baja compose. Hanya memerlukan sisa makanan dan beberapa barangan lain yang menjadi bahan buangan pada hari ini projek ini telah dipersembahkan kepada hakim-hakim dan pegawai diPejabat Pendidikan Daerah Jasin (PPD Jasin). Semangat yang berterusan daripada ahli pasukan telah membawa kemenangan kepada wakil SMKA Tun Perak apabila terpilih menjadi lima yang terbaik daerah. Antara sekolah-sekolah hebat yang bertanding ialah SMK Datuk Bendahara, SMK Dang Anum, SMA Saiyida Khadijah dan SMK Nyalas serta SMK Simpang Bekoh.

En Azri (kiri) sedang memerhatikan pelajar menyediakan bahan substrate di kawasan bengkel baja.

Gimik Perasmian oleh Pn Juariah binti hj Yunus, Pengetua SMKA Tun Perak.

Pengetua (kanan) sedang menanyakan soalan mengenai e.m species kepada En. Abd Fattah (kiri)
Kejayaan dirangkul pada peringkat daerah Jasin

Berkat usaha dan keyakinan para peserta, serta guru pembimbing yang telah banyak menabur jasa dan bakti iaitu En. Abd Fattah bin Abdul, akhirnya SMKA Tun Perak Berjaya sehingga ke peringkat negeri. Alhamdulillah. SMKA Tun Perak antara wakil daerah Jasin yang telah dipertanggungjawabkan untuk pertandingan ini semasa karnival pendidikan berlangsung. Orang kata sambil menyelam minum air, ternya pelajar-pelajar SMKA Tun Perak tidak pernah kering idea. Mereka mencari keuntungan dengan mempromosikan baja tersebut. Terdapat baja cecair dan baja pepejal. Ramai yang berminat. Untuk saingan yang lebih hebat diperingkat negeri, ahli pasukan telah bertambah sehingga mencecah seramai 10 orang. semoga dengan harapan SMKA Tun Perak mampu untuk pergi lebih jauh, kerana ingin memeluk gunung,namun apakan daya tangan tak sampai. Pasukan SMKA Tun Perak hanya berjaya mendapat saguhati dalam pertandingan tersebut. saingan sengit dari sekolah-sekolah lain seperti SMK Malim, SMK Tun Tuah membuahkan hasil. namun apakan daya, rezeki ditangan Allah. Kelab Sains dan Matematik masih bersyukur dangan kemenangan yang diberi. sekali lagi Tahniah ducapkan kepada ahli pasukan !

Husnul Athirah kiri banyak membantu pasukan diperingkat negeri.

Panel hakim sedang mengutarakan soalan kepada pasukan SMKA Tun Perak

Booth Jualan SMKA Tun Perak


Tahniah SMKA Tun Perak!

ahli pasukan dari kiri; Irsyaduddin, Arif Din, Syamil, Hamizan, Al-Haziq