Saturday 14 April 2012

Bumi Dan Keunikannya Melalui Science

Assalamualikum.
hai......hari ini saya akan berkongsi sedikit sebanyak informasi tentang bumi kita yang indah ini. Seperti mana yang kita sedia maklum, bumi adalah alam semula jadi yang unik dari segala aspek. contoh, rupa bentuknya, tumbuhan yang ada di sekelilingnya, mahupun isi-isi bumi yang menjalankan tanggungjawab mereka pada Allah S.W.T. Jadi hari ini kita kan merungkai sedikit sebanyak fakta menarik mengenai bumi kita ni yer.


     1. Magma. 
Tahukah anda apa itu MAGMA?
Magma adalah batu cecair panas di bawah permukaan Bumi, ia di panggil lahar selepas ia terkeluar daripada gunung berapi.

     2. Gas Asli.
Adakah GAS ASLI mempunyai bau ?
Gas asli sebenarnya tidak mempunyai bau.Bau yang kuat ditambah padanya oleh manusia, supaya ia boleh kesan apabila ada kebocoran. 

     3. Pumis
Apa itu PUMIS dan apa kebolehannya ?
Pumis adalah bongkah batu gunung berapi. Ianya  adalah bongkah batu yang boleh terapung dalam air.

     4. Talkum.
Pernahkah anda mendengar Talkum ?
Ianya adalah merupakan galian yang paling lembut dan halus di Bumi, dengan ketebalan hanya 1 di skala Mohs. Ia digunakan untuk membuat bedak talkum.

     5. Berlian atau Batu Berlian 
Apa itu Berlian ?
Berlian dikenali sebagai bahan yang paling keras.
Berlian semula jadi dibentuk oleh berbilion-bilion tahun di bawah tekanan dan haba yang kuat. Ia dibawa ke permukaan Bumi oleh letusan gunung berapi yang dalam.

     6. Apakah Struktur Hidup Terbesar ?
Struktur hidup yang terbesar di Bumi ialah Terumbu Sawar Besar. Ia berukuran 2000 kilometer panjang dan boleh ditemui di Australia.

     7. Gurun Sahara
Tahukah Anda Besar manakah GURUN SAHARA itu.
Gurun yang terbesar di dunia ialah Sahara, ia meliputi kira-kira satu per tiga benua Afrika!

 Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
- Ayat 22, Surah Al-Baqarah 

0 comments:

Post a Comment