Showing posts with label Math. Show all posts
Showing posts with label Math. Show all posts

Sunday, 3 June 2012

Calculator Secrets

Assalamualikum dan salam 1 malaysia.
okay hari ini saya nak kongsi 1 rahsia. rahsia tentang penggunaan kalkulator. masih ramai sebenarnya yang kurang mahir dengan penggunaan kalkulator ni. sebab tu lah masa kat dalam peperiksaan ada yang tak sempat nak jawab soalan Matametik sebab tak mahir dengan penggunaan kalkulator. saya harap dengan pengkongsian yang di buat ini dapat membantu para pelajar terutamanya pelajar peperiksaan. GOOD LUCK !


p/s : ini adalah hak cipta terpelihara. boleh download dengan kebenaran.

Monday, 28 May 2012

Fun Mathematic Game

Hai. hari ini saya ingin buat post untuk share sikit keseronokan. okay semua penjengah blog sain dan math ni patut cuba game ini. game sangat seronok untuk dimainkan. game ni saya jumpa di gametrick.net. Sharing is Caring kan.






p/s :  Selamat Mencuba

Friday, 27 April 2012

Mathematics

Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan. Ahli matematik mencari pola, memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik.

Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya". Albert Einstein sebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk kepada realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk kepada realiti".

Dengan penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi mula wujud dalam Matematik Yunani, antara yang terkenal ialah karya Euclid, Elemen. Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan penemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini.

Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula jadi, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik gunaan, satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat dalam matematik tulen, satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui.

Tokoh Matametik Islam



LATAR BELAKANG TOKOH


Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

    Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

Mathematic Through Imaginations

Assalamualaikum.....
Secara umumnya, kita sedia maklum Matametik adalah subjek yang sangat berkait rapat dengan imiginasi. sebagai contoh, Transformation adalah topik yang sangat sesuai kerana topik tersebut banyak berhubung kait dengan imiginasi seseorang. selain daripada itu banyak lagi. Seterusnya pada hari kita sama-sama akan melihat imiginasi bagaimana beberapa bentuk bergabung dan menyerupai Segi Tiga pada asalnya, namun setelah dirombak ianya masih menjadi Segi Tiga namun, ada lubang pula yang mencacatkannya. Ayuh, sama-sama kita lihat gambar dibawah ini.


p/s : Questions?
where the the holes comes ?

Sunday, 15 April 2012

Keunikan Matametik


Assalamualikum.....
Salam 1 Malaysia .
Mathematik adalah salah satu subjek yang kurang mendapat perhatian murid di sekolah. jadi post ini sedikit sebanyak akan membantu menaikkan rasa cinta dan minat untuk belajar matametik dalam kalangan pelajar-pelajar.

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Jangan Terpegun Dahulu ya, Kerana Yang bawah ni lagi menarik.

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321
okay sekarang mari kita satu Permainan :
Cuba bayang kan,

A B C D E F G H I   J   K  L   M  N O   P  Q  R   S  T   U  V  W  X  Y   Z
1  2  3 4  5 6  7 8  9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.  

K-N-O-W-L-E-D-G-E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

H-A-R-D-W-O-R- K  
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Maka, Pengiraan diatas membuktikan kita memerlukan ketiga-tiga itu untuk berjaya. dan yang paling penting adalah ATTITUDE atau maksudnya adalah sikap. Sikap kita dijaga.

1 . ILMU = KNOWLEDGE
2 . USAHA KERAS = HARD WORK
3 . SIKAP = ATTITUDE

Setiap pencapaian yang bermanfaat, besar atau kecil, memiliki tahap yang membosankan dan keberhasilan: sebuah permulaan, sebuah perjuangan dan sebuah kemenangan.
~Mahatma Gandhi