Showing posts with label SainMath. Show all posts
Showing posts with label SainMath. Show all posts

Saturday, 24 May 2014

Lawatan Ke Pusat Sains dan Bank Negara

Tarikh; 30 April 2014
Lokasi; Pusat Sains dan Bank Negara Malaysia
Anjuran; Panitia Sains dan Matematik SMKA Tun Perak

Salah satu aktiviti didalam bulan Sains dan Matematik bagi tahun 2014. Pelajar dan guru pengiring iaitu Pn Sharimah binti Othman dan Pn. Noraidah binti Idris telah ke Pusat sains bagi mengikuti pelbagai program anjuran pusatsains sendiri. Antara program hebatnya ialah mereka cipta, pertandingan robotik dan pameran sains dan teknologi.

Pelajar kemudiannya dibawa ke bank negara untuk melihat sendiri keunikkan dan sejarah mata wang di negara kita sendiri. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pelajar dan guru kerana memberi komitmen yang jitu dalam menyempurnakan bulan sains dan matematik ini.


PnNoraidah bersama pelajar perempuan menyiapkan projek mereka

Kumpulan pelajar lelaki

Guru pengiring diberi taklimat mengenai kipas solar


Kumpulan pelajar lelaki bersama fasilitator di pusat sains

Bergambar bersama model ciptaan pelajar

Ketibaan pelajar di bank negara

Pn Norhafizah mengiringi pelajar mengelilingi muzium di bank negara.

Srikandi STP yang menyertai lawatan sambil belajar ini

Taklimat daripada wakil bank negara mengenai bank negara yang berubah mengikut peredaran zaman

Pelajar dan guru diberi pendedahan mengenai wang pada masa dahulu


guru stp sedang mereka duit mereka sendiri di bank negara

Kenangan di Bank Negara sasana Kijang


Wednesday, 30 April 2014

Majlis pelancaran bulan Sains dan Matematik tahun 2014

Bertemakan "eksplorasi sains matematik membentuk generasi intelek" majlis perasmian bulan sains dan matematik peringkat sekolah telah disempurnakan oleh En. Johari bin Abu bakar selaku GPK satu SMKA Tun Perak, Jasin. Pelbagai aktiviti bakal dijalankan sepanjang bulan sains dan matematik, sebagai contoh, pameran sains, kuiz sains, roket dan kereta solar, peta i-Think, doktor muda, suduko dan lawatan sambil belajar.
Sepanjang detik perasmian;


Majlis perasmian oleh GPK 1 En Johari bin Abu Bakar


Taklimat mengenai gimik pelancaran roket

Perlancaran roket sebagai gimik perasmian

Sumbangan kepada GPK 1 daripada panitia sains dan matematik oleh Pn Sharimah binti Othman, GKMP Sains dan Matematik

dari kiri Pn Noraidah, En Ramzi, Pn Sharimah, Pn Hafizah


Friday, 13 April 2012

Persatuan Sain dan Mathematic

Assalamualaikum.
Isnin 9 April -
Persatuan Sain Dan Matematik S.M.K.A Tun Perak telah melancar bulan Sain dan Matematik bagi peringkat sekolah. Sehubungan dengan itu pelbagai aktiviti telah dijalankan. Termasuklah pertandingan membina blog bagi persatuan sain dan matematik untuk sekolah S.M.K.A.Tun Perak . Maka, dengan itu saya membina blog ini untuk menyertai pertandingan blog sain dan matematik tersebut. saya berharap agar pelawat -pelawat memberi sepenuh kerjasama untuk menjayakan lagi pertandingan blog ini. saya berasa bangga kerana pada pendapat saya Sain dan Matamatik juga adalah subjek teras yang sangat penting sama ada dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) mahupun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekali pun. Sekian dulu buat pembukaan Post untuk blog Science and Mathematic assosiation ini.

p/s : Sains dan matematik (hisab) bukan seperti mata pelajaran lain. Fakta sejarah, geografi, sastera tidak berubah dengan pengaliran masa. Fakta dalam sejarah, geografi dan sastera kekal dan tidak bertukar.