Bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM sila buat latihan ini. Trial Add Math.
Add Math MRSM 2014 KERTAS 1 - TIADA SKEMA JAWAPAN
ADD MATH MRSM 2014 KERTAS 2 - TIADA SKEMA JAWAN
Kelantan SMKA NAIM LILBANAT Kertas 1
Kelantan SMKA NAIM LILBANAT KERTAS 2
Sunday, 5 October 2014
Tuesday, 30 September 2014
Tahniah cikgu!
Tahniah diucapkan kepada Pn. Norhafizah binti Bachok kerana telah dianugerahi pangkat Guru Cemerlang DG 44. majlis telah disempurnakan oleh En. Abdul Mutalib bin Osman, Timbalan Pengarah Pendidikan Melaka di Bilik Mesyuarat Kesidang, JPN Melaka pada 19 Mac 2014 yang lalu.
Tahniah sekali lagi !
Guru Cemerlang DG 44
Pn Norhafizah (kelima dari kiri) kini bergelar guru cemerlang di SMKA Tun Perak
Sumber;BPI Melaka
Saturday, 31 May 2014
Pertandingan Inovasi
Pasukan Inovasi SMKA telah layak ke peringkat negeri pada bulan April bersempena dengan karnival pendidikan negeri Melaka. Usaha gigih daripada 5 orang wakil pelajar tingkatan 5 dalam pembabitan secara langsung telah menjayakan projek baja compose. Hanya memerlukan sisa makanan dan beberapa barangan lain yang menjadi bahan buangan pada hari ini projek ini telah dipersembahkan kepada hakim-hakim dan pegawai diPejabat Pendidikan Daerah Jasin (PPD Jasin). Semangat yang berterusan daripada ahli pasukan telah membawa kemenangan kepada wakil SMKA Tun Perak apabila terpilih menjadi lima yang terbaik daerah. Antara sekolah-sekolah hebat yang bertanding ialah SMK Datuk Bendahara, SMK Dang Anum, SMA Saiyida Khadijah dan SMK Nyalas serta SMK Simpang Bekoh.
En Azri (kiri) sedang memerhatikan pelajar menyediakan bahan substrate di kawasan bengkel baja.
Gimik Perasmian oleh Pn Juariah binti hj Yunus, Pengetua SMKA Tun Perak.
Pengetua (kanan) sedang menanyakan soalan mengenai e.m species kepada En. Abd Fattah (kiri)
Berkat usaha dan keyakinan para peserta, serta guru pembimbing yang telah banyak menabur jasa dan bakti iaitu En. Abd Fattah bin Abdul, akhirnya SMKA Tun Perak Berjaya sehingga ke peringkat negeri. Alhamdulillah. SMKA Tun Perak antara wakil daerah Jasin yang telah dipertanggungjawabkan untuk pertandingan ini semasa karnival pendidikan berlangsung. Orang kata sambil menyelam minum air, ternya pelajar-pelajar SMKA Tun Perak tidak pernah kering idea. Mereka mencari keuntungan dengan mempromosikan baja tersebut. Terdapat baja cecair dan baja pepejal. Ramai yang berminat. Untuk saingan yang lebih hebat diperingkat negeri, ahli pasukan telah bertambah sehingga mencecah seramai 10 orang. semoga dengan harapan SMKA Tun Perak mampu untuk pergi lebih jauh, kerana ingin memeluk gunung,namun apakan daya tangan tak sampai. Pasukan SMKA Tun Perak hanya berjaya mendapat saguhati dalam pertandingan tersebut. saingan sengit dari sekolah-sekolah lain seperti SMK Malim, SMK Tun Tuah membuahkan hasil. namun apakan daya, rezeki ditangan Allah. Kelab Sains dan Matematik masih bersyukur dangan kemenangan yang diberi. sekali lagi Tahniah ducapkan kepada ahli pasukan !
Husnul Athirah kiri banyak membantu pasukan diperingkat negeri.
Panel hakim sedang mengutarakan soalan kepada pasukan SMKA Tun Perak
Booth Jualan SMKA Tun Perak
Tahniah SMKA Tun Perak!
ahli pasukan dari kiri; Irsyaduddin, Arif Din, Syamil, Hamizan, Al-Haziq
Saturday, 24 May 2014
Lawatan Ke Pusat Sains dan Bank Negara
Tarikh; 30 April 2014
Lokasi; Pusat Sains dan Bank Negara Malaysia
Anjuran; Panitia Sains dan Matematik SMKA Tun Perak
Lokasi; Pusat Sains dan Bank Negara Malaysia
Anjuran; Panitia Sains dan Matematik SMKA Tun Perak
Salah satu aktiviti didalam bulan Sains dan Matematik bagi tahun 2014. Pelajar dan guru pengiring iaitu Pn Sharimah binti Othman dan Pn. Noraidah binti Idris telah ke Pusat sains bagi mengikuti pelbagai program anjuran pusatsains sendiri. Antara program hebatnya ialah mereka cipta, pertandingan robotik dan pameran sains dan teknologi.
Pelajar kemudiannya dibawa ke bank negara untuk melihat sendiri keunikkan dan sejarah mata wang di negara kita sendiri. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pelajar dan guru kerana memberi komitmen yang jitu dalam menyempurnakan bulan sains dan matematik ini.
PnNoraidah bersama pelajar perempuan menyiapkan projek mereka
Kumpulan pelajar lelaki
Guru pengiring diberi taklimat mengenai kipas solar
Kumpulan pelajar lelaki bersama fasilitator di pusat sains
Bergambar bersama model ciptaan pelajar
Ketibaan pelajar di bank negara
Pn Norhafizah mengiringi pelajar mengelilingi muzium di bank negara.
Srikandi STP yang menyertai lawatan sambil belajar ini
Taklimat daripada wakil bank negara mengenai bank negara yang berubah mengikut peredaran zaman
Pelajar dan guru diberi pendedahan mengenai wang pada masa dahulu
guru stp sedang mereka duit mereka sendiri di bank negara
Kenangan di Bank Negara sasana Kijang
Wednesday, 30 April 2014
Majlis pelancaran bulan Sains dan Matematik tahun 2014
Bertemakan "eksplorasi sains matematik membentuk generasi intelek" majlis perasmian bulan sains dan matematik peringkat sekolah telah disempurnakan oleh En. Johari bin Abu bakar selaku GPK satu SMKA Tun Perak, Jasin. Pelbagai aktiviti bakal dijalankan sepanjang bulan sains dan matematik, sebagai contoh, pameran sains, kuiz sains, roket dan kereta solar, peta i-Think, doktor muda, suduko dan lawatan sambil belajar.
Sepanjang detik perasmian;
Majlis perasmian oleh GPK 1 En Johari bin Abu Bakar
Taklimat mengenai gimik pelancaran roket
Perlancaran roket sebagai gimik perasmian
Sumbangan kepada GPK 1 daripada panitia sains dan matematik oleh Pn Sharimah binti Othman, GKMP Sains dan Matematik
dari kiri Pn Noraidah, En Ramzi, Pn Sharimah, Pn Hafizah
Sunday, 3 June 2012
Calculator Secrets
Assalamualikum dan salam 1 malaysia.
okay hari ini saya nak kongsi 1 rahsia. rahsia tentang penggunaan kalkulator. masih ramai sebenarnya yang kurang mahir dengan penggunaan kalkulator ni. sebab tu lah masa kat dalam peperiksaan ada yang tak sempat nak jawab soalan Matametik sebab tak mahir dengan penggunaan kalkulator. saya harap dengan pengkongsian yang di buat ini dapat membantu para pelajar terutamanya pelajar peperiksaan. GOOD LUCK !
p/s : ini adalah hak cipta terpelihara. boleh download dengan kebenaran.
Monday, 28 May 2012
Fun Mathematic Game
Hai. hari ini saya ingin buat post untuk share sikit keseronokan. okay semua penjengah blog sain dan math ni patut cuba game ini. game sangat seronok untuk dimainkan. game ni saya jumpa di gametrick.net. Sharing is Caring kan.
p/s : Selamat Mencuba
Friday, 11 May 2012
Tokoh Sains Islam
Al-Kindi
Al-Kindi (يعقوب بن اسحاق الكندي) (lahir: 801
- wafat: 873
), boleh juga dikatakan merupakan filsuf pertama yang lahir dari kalangan Islam
. Semasa hidupnya, selain berkebolehan bertutur dalam bahasa Arab
, beliau juga mahir berbahasa Yunani
. Banyak karya-karya para filsuf Yunani
diterjemahkanoleh beliau dalam bahasa Arab; antara lain karyanya : Aristoteles
dan Plotinus
. Sayangnya ada sebuah karya Plotinus yang diterjemahkannya sebagai karangan Aristoteles dan berjudulkan Teologi menurut Aristoteles, sehingga di kemudian hari ada sedikit kebingungan.
Al-Kindi berasal dari kalangan bangsawan, beliau dari Irak
. Beliau berasal dari suku Kindah, hidup di Basra dan telah meninggal dunia di Bagdad pada tahun 873.
beliau merupakan seorang tokoh besar dari bangsa Arab yang menjadi pengikut Aristoteles
, yang telah mempengaruhi konsep al Kindi dalam berbagai doktrin pemikiran dalam bidang sains dan psikologi.
Al Kindi menuliskan banyak karya dalam berbagai bidang seperti; geometri, astronomi, astrologi, aritmatika, musik (yang dibangunnya dari berbagai prinip aritmatis), fisika, medis, psikologi, meteorologi, dan politik.
Ia membezakan antara intelek aktif dengan intelek pasif yang diaktualkan dari bentuk intelek itu sendiri. Argumen diskursif dan tindakan demonstratif
beliau anggap sebagai pengaruh dari intelek ketiga dan yang keempat. Dalam ontologi
dia mencuba mengambil parameter dari kategori-kategori yang ada, yang
beliau kenalkan dalam lima bagian: zat (materi), bentuk, gerak, tempat, waktu, yang ia sebut sebagai substansi primer.
Al Kindi mengumpulkan berbagai-bagai karya filsafat secara ensiklopedis, yang kemudiannya diselesaikan oleh Ibnu Sina
(Avicenna
) seabad kemudian.Beliau juga tokoh pertama yang berhadapan dengan berbagai-bagai aksi kejam dan penyiksaan yang dilancarkan oleh para bangsawan religius-ortodoks terhadap berbagai pemikiran yang dianggap bid’ah
, dan dalam keadaan yang sedemikian tragis (terhadap para pemikir besar Islam) AL-Kindi dapat membebaskan dirinya sendiri dari upaya kejam para bangsawan ortodoks itu.
p/s : Ilmu Sejarawan Islam seperti pepatah melayu " Tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas ".
Friday, 27 April 2012
Mathematics
Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan. Ahli matematik mencari pola, memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik.
Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya". Albert Einstein sebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk kepada realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk kepada realiti".
Dengan penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi mula wujud dalam Matematik Yunani, antara yang terkenal ialah karya Euclid, Elemen. Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan penemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini.
Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula jadi, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik gunaan, satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat dalam matematik tulen, satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui.
Sains
Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadaya.
Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains.
Setiap pakar sains perlu berhati-hati apabila memberi penerangan mengenai sesuatu yang mereka kaji. Mereka bertanding untuk memberikan penjelasan yang lebih baik. Boleh jadi sesuatu penjelasan itu menarik, tetapi jika ia tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh pakar sains lain, kajian seterusnya perlu dilakukan lagi untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik.
Pakar sains juga memeriksa idea pakar sains lain. Ini kerana pakar sains juga merupakan manusia, yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jadi pakar sains perlu mempastikan bahawa idea yang digunakannya adalah betul. Peer review dan mengulangi eksperimen beberapaka kali merupakan satu-satunya cara untuk mempastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah benar dan tepat.
Inilah yang dipanggil kaedah saintifik. Kebanyakan orang menerima kaedah ini sebagai cara yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat mengenai alam, dunia, badan manusia atau binatang dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa sains merupakan suatu proses yang berterusan, apa yang benar hari ini mungkin kurang tepat dalam masa 100 tahun lagi.
p/s : Sekiranya anda tidak dapat menerangkannya dengan ringkas, anda masih belum memahaminya.




